Saturday, June 16, 2018
Majlis Raya Bersama NTV7, myIKUT dan Macma SPT
Assalamualaikum, pagi tadi ada kunjungan dari wartawan NTV7 ke rumah Bro Ben Ooi koordinator myIKUT untuk sesi temuramah tentang sambutan Aidilfitri Cina Muslim. Pengerusi myIKUT Bro Azley Stanley hadir bersama ahli keluarga untuk Majlis Raya serta pengerusi Macma SPT Kak Nor Ashikin juga turut hadir untuk meriahkan lagi majlis tersebut.
Wawancara tersebut memberi mesej yang positif kepada kalangan yang bukan Islam kerana ia menjelaskan tentang keharmonian antara umat beragama. Perbezaan agama tidak menghalang untuk hidup bersama dalam satu rumah/komuniti contohnya seperti Bro Ben Ooi kerana dia kini tinggal bersama kedua orang tua yang berbeza agama.
Islam tidak mengajar kita untuk saling membenci walaupun kita berbeza agama. Islam mengajar kita harus menyayangi kedua orang tua kita. Sila layari link tersebut untuk wawancara secara langsung:
https://www.facebook.com/ntv7mandarinnews/videos/10155258851785448/
Sekiranya anda ingin menyumbang untuk kerja-kerja dakwah dan kebajikan kami sila
Infaq ke:
PERSATUAN I. K. U. T PULAU PINANG
MAYBANK
5571 3923 0356
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment